Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Esok umat Islam akan melangkah ke bulan Ramadhan dan bermulalah ibadat puasa, salah satu rukun Islam. Perlulah diingat bahawa berpuasa bukan sahaja bermaksud menahan daripada makan dan minum di siang hari tetapi tubuh badan dan semua deria kita mestilah dikawal juga. Pastikan sahsiah diri kita di bulan Ramadhan ini jauh lebih baik daripada bulan-bulan yang lain. Rebutlah peluang yang disediakan di bulan yang penuh berkat ini sebab tahun hadapan belum tentu kita dapat bertemunya.

Bersempena bulan puasa ini, me ingin memohon maaf kepada semua pembaca jika ada ada sebarang kesalahan samada yang tidak disengajakan mahupun yang disengajakan secara langsung atau tidak langsung. Semoga kita akan sama-sama dapat menjalani bulan puasa ini dengan melakukan amal ibadat secara khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah Subhana wa Ta’ala, insyaAllah.

May Ramadhan 1430 Hijrah also brings peace to all our Islam Nation, forget about the differences, search for the true unity.

“Sesungguhnye yang baik itu adalah dari Allah Subhana wa Ta’ala manakala yang buruk datang dari diri kita sendiri.” Wallahua’lam.

Salam Ramadhan everyone.

-nabila hanis-


No comments:

Post a Comment